Cegah Lebih Baik Daripada Rawatan……

Pemvaksinan rutin,  pemeriksaan berkala semasa anak membesar dan pemeriksaan perubatan dari semasa ke semasa untuk orang dewasa ialah contoh khidmat penjagaan kesihatan penting yang membantu mencegah dan mengesan penyakit pada peringkat awal.

Walaupun kita tidak dapat mengelakkan sepenuhnya serangan penyakit, dengan kemujaraban ubat moden banyak penyakit boleh diubati atau gejala dan kerumitannya boleh dikurangkan jika penyakit dikesan pada peringkat awal.

Dengan mencegah kesihatan dan kemudaratan, anda berasa lebih sihat dan gembira, seterusnya meningkatkan semangat dan tenaga anda untuk mengecap nikmat hidup. Kos untuk pencegahan peringkat awal ini biasanya adalah lebih rendah berbanding dengan kos ketika keadaan kesihatan kita sudah diperingkat yang kritikal.

Pencegahan kesihatan menerusi pencegahan ialah satu tindakan proaktif. Ia menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang membawa kpd usia lebih panjang dan penyakit yang berkurangan.

Dalam jangka panjang, gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mengelakkan masalah kewangan. Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan bijak.

Seseorang boleh membelanjakan jumlah yang kecil setiap tahun untuk menjaga kesihatan ataupun menghabiskan jauh lebih banyak wang untuk pulih daripada penyakit yang boleh dicegah daripada  kerumitannya.
Bandingkan perbelanjaan kecil menemui doktor dari masa ke masa dengan kos pembedahan besar, kemoerapi atau rawatan hospital jangka panjang.

Perbelanjaan besar ini akan melenyapkan seluruh tabungan individu sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk hidup selesa dan mendapatkan perlindungan pada zaman persaraan.  Ini sesuatu yang amat malang kerana kebanyakan penyakit ini boleh dicegah.

Penyakit gaya hidup adalah  amat berleluasa pada masa sekarang dan merupakan faktor yang amat  membebankan sistem penjagaan sistem penjagaan kesihatan kita.

Individu yang sihat dan keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat boleh meringakan beban berat yang dipikul oleh sektor perkhidmatan kesihatan kita.

Bagaimanakah cara membuat pelaburan penting ini? Tumpukan kepada enam perkara berikut:-

* Pemriksaan perubatan dan kesihatan secara tetap.
*Pastikan semua pemvaksinan rutin dibuat mengikut jadual.
*Tidak menghisap rokok dan minuman alkohol.
*Makan makanan seimbang yang berkhasiat dan semula jadi.
*Bersenam secara kerap
*Menguruskan tekanan dengan bijak.

Bagaimanapun satu perkara penting yang tidak harus kita abaikan ialah soal pengetahuan tentang kesihatan diri kita sendiri. Tanpa mempunyai pengetahuan yang berkaitan kita tidak akan mudah untuk mengubah cara hidup yang telah kita jalani selama ini.

********”kesihatan itu harta yang paling berharga” –Virgil

Tinggalkan jawapan