Sihat ?

Hari ini orang ramai sebuk dengan soal kesihatan.  Hari ini juga ramai orang yang sakit dan meninggal.  Yang nyatanya setiap yang hidup akan meninggal.  Ada yang tiba-tiba meninggal walaupun tidak sakit.  Pada masa yang sama kita juga dihebohkan dengan pelbagai jenis penyakit yang tidak pernah kita dengar sebelum ini.  Semakin maju dunia ini, semakin meningkat jenis penyakit yang timbul.  Soalnya apakah penyakit yang timbul ini ada kaitan dengan kemajuan dunia dalam mengejar kecanggihan teknologi yang dicipta?

Apakah penyakit yang kita hadapi ini timbul daripada kemajuan teknologi tersebut yang pada masa yang sama menambah pencemaran dunia kita dengan longgokan toksid yang tidak terkawal?

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan  Alam  Sekitar melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001 jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak  933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,  kenderaan ialah punca utama pencemaran ini  (58.1%), diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri(9.4%), pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, S ulfur Oksida , bau-bauan  ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.   Kita boleh lihat bagaimana kesannya terhadap alam sekitar melalui sebahagian daripada gambar-gambar di sini.

Mari kita bersama-sama berfikir mengenai perkara ini dan melihat kepada hasil kajian yang berkaitan.  Mungkin kita boleh mengambil pendirian sendiri mengenai hal ini.

Tinggalkan jawapan