Bincang Kesihatan

Just another WordPress.com weblog

Cegah Lebih Baik Daripada Rawatan……

Pemvaksinan rutin,  pemeriksaan berkala semasa anak membesar dan pemeriksaan perubatan dari semasa ke semasa untuk orang dewasa ialah contoh khidmat penjagaan kesihatan penting yang membantu mencegah dan mengesan penyakit pada peringkat awal.

Walaupun kita tidak dapat mengelakkan sepenuhnya serangan penyakit, dengan kemujaraban ubat moden banyak penyakit boleh diubati atau gejala dan kerumitannya boleh dikurangkan jika penyakit dikesan pada peringkat awal.

Dengan mencegah kesihatan dan kemudaratan, anda berasa lebih sihat dan gembira, seterusnya meningkatkan semangat dan tenaga anda untuk mengecap nikmat hidup. Kos untuk pencegahan peringkat awal ini biasanya adalah lebih rendah berbanding dengan kos ketika keadaan kesihatan kita sudah diperingkat yang kritikal.

Pencegahan kesihatan menerusi pencegahan ialah satu tindakan proaktif. Ia menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang membawa kpd usia lebih panjang dan penyakit yang berkurangan.

Dalam jangka panjang, gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mengelakkan masalah kewangan. Pelaburan dalam kesihatan anda adalah satu keputusan kewangan yang penting dan bijak.

Seseorang boleh membelanjakan jumlah yang kecil setiap tahun untuk menjaga kesihatan ataupun menghabiskan jauh lebih banyak wang untuk pulih daripada penyakit yang boleh dicegah daripada  kerumitannya.
Bandingkan perbelanjaan kecil menemui doktor dari masa ke masa dengan kos pembedahan besar, kemoerapi atau rawatan hospital jangka panjang.

Perbelanjaan besar ini akan melenyapkan seluruh tabungan individu sedangkan wang itu sepatutnya digunakan untuk hidup selesa dan mendapatkan perlindungan pada zaman persaraan.  Ini sesuatu yang amat malang kerana kebanyakan penyakit ini boleh dicegah.

Penyakit gaya hidup adalah  amat berleluasa pada masa sekarang dan merupakan faktor yang amat  membebankan sistem penjagaan sistem penjagaan kesihatan kita.

Individu yang sihat dan keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat boleh meringakan beban berat yang dipikul oleh sektor perkhidmatan kesihatan kita.

Bagaimanakah cara membuat pelaburan penting ini? Tumpukan kepada enam perkara berikut:-

* Pemriksaan perubatan dan kesihatan secara tetap.
*Pastikan semua pemvaksinan rutin dibuat mengikut jadual.
*Tidak menghisap rokok dan minuman alkohol.
*Makan makanan seimbang yang berkhasiat dan semula jadi.
*Bersenam secara kerap
*Menguruskan tekanan dengan bijak.

Bagaimanapun satu perkara penting yang tidak harus kita abaikan ialah soal pengetahuan tentang kesihatan diri kita sendiri. Tanpa mempunyai pengetahuan yang berkaitan kita tidak akan mudah untuk mengubah cara hidup yang telah kita jalani selama ini.

********”kesihatan itu harta yang paling berharga” –Virgil

January 3, 2009 Posted by annuarn | kesihatan | , , , , | No Comments Yet

Kesihatan berkait rapat amalan gaya hidup..

Dalam ceramah bertajuk ‘Kesihatan Jantung dan Kecergasan’  sempena Seminar Wanita Sihat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Selangor di Universiti Putra Malaysia,  Serdang Selangor, Julaili Mat Jais; pensyarah daripada  Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) berkata ‘istilah perpeluhan sihat’ yang diamalkan sesetengah golongan wanita menggunakan perkhidmatan mandian sauna di spa sebenarnya ‘tidak kena’ dan tidak bermanfaat daripada segi kesihatan.

“Mereka yang mengamalkan mandian sauna bukannya membakar lemak dalam badan, namun hanya mengeluarkan air daripada badan sahaja. Fahaman seperti ini perlu dibetulkan segera kerana satu-satunya cara yang paling berkesan untuk membakar lemak sebenarnya adalah melalui cara senaman.” Ujarnya.

Menurutnya lagi, senaman yang dilakukan secara konsisten iaitu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu akan membolehkan badan anda menjadi lebih sihat kerana semasa kita bersenam, jantung akan mengepam darah dengan kuat.

“Mereka yang normal akan merasakan degupan jantung yang tanpa henti selama 20 minit selepas melakukan aktiviti senaman. Selain itu, kita juga perlu fahami bahawa penyakit jantung sebanarnya berpunca daripada penyumbatan saluran arteri jantung oleh mendapan lemak.

Bagi melancarkan semula perjalanan saluran arteri tersebut, senaman yang diumpamakan sebagai ‘air panas yang dituangkan ke dalam saluran paip tersumbat’ boleh membantu mengelurakan mendapan lemak tersebut dan melancarkan aliran darah ke dalam jantung.” katanya.

December 25, 2008 Posted by annuarn | kesihatan | | No Comments Yet

Sihat ?

Hari ini orang ramai sebuk dengan soal kesihatan.  Hari ini juga ramai orang yang sakit dan meninggal.  Yang nyatanya setiap yang hidup akan meninggal.  Ada yang tiba-tiba meninggal walaupun tidak sakit.  Pada masa yang sama kita juga dihebohkan dengan pelbagai jenis penyakit yang tidak pernah kita dengar sebelum ini.  Semakin maju dunia ini, semakin meningkat jenis penyakit yang timbul.  Soalnya apakah penyakit yang timbul ini ada kaitan dengan kemajuan dunia dalam mengejar kecanggihan teknologi yang dicipta?

Apakah penyakit yang kita hadapi ini timbul daripada kemajuan teknologi tersebut yang pada masa yang sama menambah pencemaran dunia kita dengan longgokan toksid yang tidak terkawal?

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan  Alam  Sekitar melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001 jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak  933,000 tan setahun. Daripada jumlah ini,  kenderaan ialah punca utama pencemaran ini  (58.1%), diikuti oleh stesen jana kuasa (23.9%), pembakaran bahan api industri(9.4%), pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Benda asing ini adalah di dalam bentuk abuk, asap, kabus, wap dan gas Karbon Monoksida, Nitrogen Oksida, Hidrokarbon, Ozon, S ulfur Oksida , bau-bauan  ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.   Kita boleh lihat bagaimana kesannya terhadap alam sekitar melalui sebahagian daripada gambar-gambar di sini.

Mari kita bersama-sama berfikir mengenai perkara ini dan melihat kepada hasil kajian yang berkaitan.  Mungkin kita boleh mengambil pendirian sendiri mengenai hal ini.

December 17, 2008 Posted by annuarn | kesihatan | , , | No Comments Yet

Permulaan Yang Baik

Selamat Sejahtera Semua,

Saya berharap tulisan saya ini merupakan permulaan yang baik.  Baik untuk saya dan baik juga untuk anda semua. Saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai ruangan saya untuk melahirkan pendapat dan fikiran saya mengenai perniagaan sama ada secara online ataupun offline. Saya berharap tulisan saya ini akan dapat dikongsi bersama oleh anda sekalian. Bersama kita berbincang tentang perniagaan. Yang baik boleh dimanfaatkan manakala yang tidak baik boleh dihindari.

Saya pernah berniaga dan pernah gagal dalam perniagaan dan menanggung kerugian puluhan ribu. Walaupun ia mungkin nampak tidak begitu banyak tetapi kerana ia adalah duit dari simpanan yang memakan masa agak lama untuk mengumpulnya, ia sesuatu yang sangat tidak menyenangkan.
Bagaimanapun itu merupakan sesuatu yang telah berlaku. Kegagalan sekali tidak bererti ia akan terus gagal.  Kini ia merupakan satu pengajaran yang amat berguna kepada saya dalam meneruskan perniagaan saya sekarang.  Satu perkara yang juga amat saya sedari ialah soal kesihatan diri sendiri.  Segala aktiviti memerlukan tubuh badan yang sihat.  Kalau tidak sihat apa pun tidak boleh dibuat. Jadi kesimpulannya blog ini juga akan menyentuh sedikit sebanyak tentang soal-soal yang berkaitan dengan kesihatan. Read more »

September 22, 2006 Posted by annuarn | Blogroll | , , , , | No Comments Yet